Cart 0

Koleksi Handbag Hari Raya

Hai Bag Maker,...

Selamat berpuasa untuk yang beragama Islam. Bagaimana dengan persiapan raya? Dah siap ke semuanya? Saya pasti bag maker yang bergelar ibu sedang sibuk nak jahit baju raya, lepas tu mestilah nak buat beg warna sedondon ataupun mengikut tema raya tahun ni kan.
bebagmaker aksesori beg.jpg
Bagi saya seperti hari raya sebelum ini, beg raya mesti berganti. Macam ada yang tak kena pula, kalau seorang bag maker beli beg raya di pasaraya. Kebetulan bulan ni saya agak sibuk dengan urusan lain, jadi tak ada masa nak cari pattern bag apa yang terbaru. Hajat dihati memang nak buat pattern yang advanced sikit, tapi takut pula lama sangat fikir akhirnya beg tak siap juga.
bebagmaker aksesori beg rainbow.jpg
Jadi raya tahun ni saya buat beg simple dan mudah saja. Pattern Lola Handbag dari Swoon Pattern dan NCW dari Emmaline bags. Baru saya perasan setiap tahun mesti saya buat NCW untuk wallet raya. Saya suka dengan pattern NCW sebab boleh diisi semua barang penting seperti  kad bank, duit syiling,duit kertas dan ada ruang yang cukup untuk masukkan handphone.
bebagmaker ncw emmaline bags.jpg
Ada yang special untuk aksesori beg yang saya gunakan kali ini. Walaupun ambil masa lama untuk mencari material yang sesuai untuk di gandingkan dengan aksesori warna Iridescent Rainbow ini tapi saya sangat puas hati dengan hasilnya.

bebagmaker material beg.jpg

Aksesori warna Iridescent Rainbow ini saya telah buat pre order pada tahun lepas. Malangnya tak ada stok lebih. Jika ramai bag maker yang mahukan saya akan cuba buka 2nd pre order dalam masa terdekat ini. Harap ramai yang akan join nanti sebab stok agak limited.
bebagmaker iridescent rainbow.jpg
Ok, itu saja untuk kali ini. Harap handbag raya saya ini memberi idea untuk beg maker yang masih berfikir-fikir nak buat pattern apa untuk koleksi handbag raya tahun ini. Jumpa lagi. Bye...
bebagmaker buat wallet.jpg



Older post Newer post