FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Bahan Membuat Frame Bag

Bahan Membuat Frame Bag

Hi semua!...

Sekarang saya mengejar masa untuk menyiapkan seberapa banyak produk untuk booth pada 18hb Jun 2022. Kali ini saya agak teruja kerana acaranya bertemakan Back To Nature. Mencabar juga kerana dengan warna yang agak terhad saya kena pastikan produk yang dihasilkan menarik.

eco printings-ct n honey-lily frame bag (2)

Seperti biasa saya lebih senang membuat beg yang menggunakan frame. Dengan masa yang terhad ini lebih mudah untuk membuat produk yang saya selesa. Tiada masa untuk mencuba pattern baru.

Untuk membuat frame bag bahan asas yang saya gunakan ialah kain gam 5520, batting 300g dan kain gam nipis 1340F. Boleh dapatkan semua bahan ini di link Interfacing& Batting

eco printings-ct n honey-lily frame bag (1)

Istimewanya frame bag ini ialah semuanya bahannya berasaskan dari pokok. Corak kain dari daun. Frame pula diperbuat dari batang kayu. Manakala bahan untuk digandingkan dengan fabrik adalah dari kulit kayu.

eco printings-ct n honey-handbag frame bag (2)

Untuk mempercepatkan proses menyiapkan frame bag ini, saya menggunakan frame skru, dimana frame tidak perlu dijahit menggunakan jahitan tangan. Dalam masa kurang 5 jam siaplah 1 beg frame.

eco printings-ct n honey-handbag frame bag (1)

Untuk mendapatkan keserasian warna frame bag ini saya menggunakan kunci frame dan rantainya berwarna hijau. Untuk mendapatkan ukuran dan lagi gambar produk boleh ke link Dahlia Handbag

eco printings-ct n honey-handbag frame bag

Ok setakat ini dulu perkongsian saya. Jumpa lagi nanti. Bye......

Powered by Froala Editor



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping