Cart 0

3 Cara Mudah Menjahit Zip poket Beg

Hai Bag Maker,..

Bulan Ramadan ni walaupun berpuasa, semangat rajin nak menjahit tu masih ada. Memandangkan waktu siang ada masa terluang jadi saya ambil masa untuk membuat tutorial 3 cara mudah untuk menjahit zip poket beg.
3 teknik mudah jahit poket zip beg bebagmaker1.jpg

Saya tahu ada bag maker yang rasa arrggh......bila jahit zip. Ada yang tak kemas jahitan, rasa leceh dan lagi satu malas sangat nak tukar tapak zip. Apa nak buat kan, nak tak nak kita kena juga buat mengikut tempahan pelanggan.

IMG20190525145135.jpg

IMG20190525150820.jpg

mudahnya jahit zip beg bebagmaker.jpg


Dalam masa saya buat tutorial ni macam tak best pula bila 3 teknik tu tak de nama. Saya pun tak pasti ada ke tidak nama khas untuk teknik jahit zip ini. Tapi untuk mudah ingat saya bagilah nama 3 teknik tersebut ya. Walaupun agak kelakar namanya.
mudahnya jahit zip beg.jpg

Teknik 1(Tak tutup aurat)
Teknik 1 menjahit poket berzip beg ini agak mudah. Saya rasa kebanyakkan bag maker menggunakan teknik ini terutama yang beginner. Kebanyakkan tutorial diluar sana menggunakan teknik ini juga. Kenapa diberi nama tak tutup aurat sebab jahitan zip bahagian dalam nampak dan terbuka. Rujuk gambar dibawah.
cara mudah jahit zip beg1.jpg

cara mudah jahit zip beg.jpg

Teknik 2(Nampak aurat bawah)
Teknik 2 menjahit poket berzip beg ini pula mudah juga. Untuk jahitan zip bahagian atasnya tidak kelihatan tetapi dibahagian bawahnya nampak dan terbuka.Rujuk gambar.
jahit zip yang mudah1.jpg

jahit zip yang mudah.jpg

Teknik 3(Tutup aurat)
Teknik 3 menjahit poket berzip beg ini adalah teknik yang paling saya suka. Seingat saya, teknik ni saya dapat dalam blog bag maker Jepun. Cumanya teknik ni agak leceh, tapi hasilnya jahitan zip bahagian dalam tidak kelihatan dan nampak kemas. 

jahit zip beg1.jpg

jahit zip beg2.jpg

Semua 3 teknik mudah jahit zip poket beg ini saya ada buatkan tutorial nya untuk lebih mudah bag maker faham. Diharap video ini menjadi panduan untuk bag maker menjahit zip. Bag maker boleh pilih sahaja teknik mana yang sesuai.

3 teknik mudah jahit poket zip beg bebagmaker.jpg

Jumpa lagi....Bye..

 



Older post Newer post