Cart 0

8 Sebab Kenapa Perlu Guna Zip Khas Untuk Beg

Perbezaan yang ketara antara zip adalah gigi dan kegunaannya. Kenapa bag maker perlu menggunakan zip yang khas untuk membuat beg..

1)Zip yang khas untuk beg lebih lebar dari zip baju, jadi lebih mudah untuk dijahit juga untuk memasukkan slider/kepala zip.

Jenis zip untuk beg

2)Mempunyai penarik slider/kepala zip yang panjang untuk memudahkan kita menarik zip.
IMG20190508111637.jpg
3)Selalunya penarik slider/kepala zip ada lubang dihujungnya untuk kita hias dengan perca kulit atau kain.

4)Zipnya lebih kukuh dan tidak mudah rosak apabila selalu ditarik untuk buka dan tutup.

5)Jenis zip beg yang paling sesuai adalah coil zipper/zip gegelung kerana lebih ringan dan giginya lebih lembut mudah untuk dijahit.

6)Slider/kepala zip tanpa kunci biasanya digunakan untuk beg kerana lebih mudah untuk membuka zip dengan slider tanpa kunci.

7)Zip khas untuk beg boleh menggunakan slider/kepala zip lebih dari satu. Mudah kita menutup beg dan boleh membuka zip dibahagian beg yang kita mahu sahaja.
IMG20190509105628.jpg
8)Ada setengah zip khas beg boleh ditambahkan D-ring di slider/kepala zip dan  boleh ditambahkan kulit atau kain sebagai hiasan.
kate-spade-new-york-blackdeco-beige-cedar-street-dot-small-stacy-black-product-3-053200168-normal.jpeg

Semoga dengan penerangan ini bag maker bolehlah mula menggunakan zip yang sesuai untuk membuat beg supaya hasil handmade bag itu nanti lebih baik dari yang sebelum ini. Jumpa lagi.



Older post Newer post