Hi, Bag Makers ...
Lama rasanya tak update blog. Sebenarnya agak banyak aktiviti saya sejak kebelakangan ini. Saya sudah mula aktif kembali menjahit beg untuk jualan. Sibuk dengan join beberapa booth mempromosikan produk Natural Dye.
Saya sentiasa ingin mencari kelainan produk yang saya hasilkan. Dalam pada masa yang sama masih mengekalkan produk yang menggunakan kisslock frame. Saya perasan sekarang ini ada banyak bentuk frame yang terbaru dalam pasaran terutamanya frame kayu. Cuma frame kayu agak susah untuk dapatkannya. Jika ada pun harganya lebih mahal dari frame biasa.
Untuk frame kayu ini saya gunakan material batik, songket dan semestikan produk Natural Dye dari teknik ecoprints.
Frame kayu kali ini bersaiz 23cm. Ada kelainan sedikit frame kali ini kerana tiada ruang untuk sembunyikan jahitan bahagian dalam. Sedikit cabaran untuk buat sekemas yang mungkin terutama dibahagian jahitan tangan.
Mujur juga frame kayu ini saya beli 3 biji sahaja. Alhamdulillah saya sudah dapat pembekal yang keluarkan frame menggunakan skru sahaja. Lepas ini lebih mudah dan cepat siap.
Ok, itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi dilain kali dengan produk terbaru yang akan ada di BeBagMaker.com