FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Kaira Envelope Clutch

Kaira Envelope Clutch


Hai semua Bag Maker..


Selamat menyambut Bulan Ramadan 2021 juga selamat berpuasa kepada rakan yang beragama Islam. Tahun lepas kita berpuasa di dalam suasana PKP seluruh negara kerana Covid-19. Diharapkan tahun ini suasana berpuasa dan Hari Raya akan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tutorial envelope clutch_buat clutch beg_Be bag maker.png

Untuk PDF Pattern kali ini saya membuat Kaira Envelope Clutch. Envelope Clutch ini sesuai juga dijadikan sampul duit raya untuk diberikan kepada saudara mara, juga dibuat warna sedondon mengikut tema raya tahun ini.
Tutorial envelope clutch_buat clutch beg_Be bag maker (1).png

Kaira Envelope Clutch ini boleh dibuat oleh semua peringkat walaupun anda yang bukan mahir menjahit ataupun yang baru hendak mula menjahit. Selain berbangga dengan biskut raya yang anda buat, anda juga berbangga dengan hasil jahitan yang dibuat sendiri.

Tutorial envelope clutch_buat clutch beg_Be bag maker (2).png
PDF Pattern Kaira Envelope Clutch ini akan disertakan sekali dengan tutorial jika anda ingin memcuba. Untuk mendapatkannya boleh klik     DI SINI   Selamat mencuba dan bye...






Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping