FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Buat Beg Tangan Sendiri

Buat Beg Tangan Sendiri

Ada banyak produk hasil dari menjahit.Sesetengah cenderung untuk menjadi kreatif dengan membuat beg tangan sendiri. Anda tidak perlukan khidmat tukang jahit untuk membuatnya. Jika anda ada minat, semuanya akan jadi mudah.Bermulalah hari ini, dan dari masa ke masa anda akan memahami bagaimana untuk membuat beg tangan sendiri. Gunakan sahaja bahan-bahan jahitan yang mudah didapati seperti menggunakan kain cotton, linen atau canvas.
alat alat jahitan-bebagmaker-bahan bahan jahit.png

Bahan-bahan jahitan untuk membuat beg tangan sendiri boleh digabungkan contohnya menggunakan kain dengan PU Leather/Vinly.Ia akan kelihatan sangat menarik dan menambah nilai beg buatan tangan anda.

aksesori beg-bebagmaker-bahan bahan jahit.png

Membuat beg buatan tangan ini selain dari reka bentuk dan kain yang digunakan pertimbangkan juga aksesori atau perhiasan beg tangan itu. Apabila menggunakan aksesori beg yang sesuai hasilnya nanti nampak seperti beg tangan berjenama. Oleh itu buatlah pilihan yang betul dan sesuaikan mengikut tema warna,jenis beg yang mewakili jenama anda sendiri.Aksesori beg yang baik akan melengkapkan hasil beg buatan tangan anda.

perkakas beg cotton-bebagmaker-membuat beg tangan.png
Jika anda berminat untuk membuat beg tangan sendiri, ada banyak pola beg yang saya sediakan. Untuk Yara Pouch Frame ini dengan Pembelian  PDP Pattern anda  akan mendapat tutorial bergambar dan 6 video untuk rujukan tambahan. Untuk memudahkan bagi mereka yang baru untuk belajar menjahit, bahan- bahan jahitan dan aksesori beg lengkap disediakan. Anda boleh terus mula menjahit apabila telah menerima bahan yang akan diposkan.

Cara membuatannya yang mudah dan tidak rumit. Hanya menggunakan frame bagi membuka dan menutup pouch.Di kiri kanan frame mempunyai O-ring yang membolehkan anda menambahkan tali rantai supaya boleh disandangkan di bahu. Ia juga mempunyai 1 poket di bahagian depan yang boleh di isi telefon bimbit dan mempunyai penutup untuk keselamatan.

Saiz Yara Pouch Frame 22cm x 14cm. Walaupun bersaiz sederhana tetapi boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan anda seperti memuatkan barang-barang asas seperti wang,kunci, pen, gincu dan lain-lain.
Selain dari itu anda boleh berjimat kerana hanya menggunakan sedikit kain, juga bahan asas membuat beg  anda sudah dapat menghasilkan Yara Pouch Frame. 

jom jahit-bebagmaker-kelas menjahit online.png
Mulalah membuat beg tangan sendiri dengan menjahit Yara Pouch Frame hari ini. Sesuai untuk anda yang baru mula menjahit beg ataupun bagi anda yang ingin menjahit projek terbaru.

PDF Pattern Yara Pouch Frame Boleh didapati di website sekarang Jahit Beg Tangan Sendiri

Untuk mereka yang ingin menggunakan bahan bahan jahitan sendiri boleh dibeli berasingan di website Alat-Alat Jahitan




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping