FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Pemenang Malaysia Best Handmade Crafter 2021

Pemenang Malaysia Best Handmade Crafter 2021

Buat pertama kalinya Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJK)  bersama Sewing World Gallery telah menganjurkan Malaysia Best Handmade Crafter pada tahun ini. Matlamat utama pertandingan ini adalah bertujuan mengekalkan kreativiti dan daya saing dalam pembuatan produk kraf dikalangan pembuat kraf di Malaysia.
 
Lebih 100 peserta yang telah mengambil bahagian didalam pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter ini. Penyertaan pertandingan ini mula dibuka pada 15 Januari 2021 dimana peserta hendaklah melengkapkan syarat pertandingan sebelum 5 Februari 2021.

Syarat pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter adalah


1) Pembuat barangan kraf tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa.

2) Hantar gambar produk terbaik yang pernah dihasilkan. (mengikut syarat yang telah ditetapkan)

3) Berikan penerangan lengkap tentang produk itu.

4) Maklumat peribadi ataupun kisah anda didalam bidang kraf ini.



Semua penyertaan telah dikumpul dan disemak sama ada memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Markah diberi berdasarkan kreativiti gambar dan copywriting yang menarik. Peserta pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter disenarai pendekkan dan hanya Top 13 sahaja yang dipilih.

Bagi top 13 ini pula selain dari markah dari pengadil, pemenang telah ditentukan berdasarkan LIKES yang mereka dapat di Facebook.

Pengadil pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter ini terdiri dari


Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif - Madam Fully Chye

Pakar dan guru jahitan terkenal dari Taiwan - Master Hung

Pakar dalam bidang Ecommerce & Copywriting dari Institut Keusahawanan Negara - Encik Abd Azharee



Hadiah pemenang Malaysia Best Handmade Crafter adalah

Top 1-3
Samsung Tablet
3  tahun berniaga di Online Stor TTAHM

Top 10
1 hamper produk jahitan bernilai rm300
1 tahun berniaga di online stor TTAHM

20 orang pemenang saguhati
Voucher 50% untuk 1 tahun yuran di Online stor TTAHM


Pemenang Malaysia Best Handmade Crafter 2021

Pemenang pertama
Siti Noor Misro dari Negeri Sembilan (Handmade ct N honey)
pemenang pertama malaysia best handmade crafter.png



Pemenang kedua
Mohd Ihsan bin mohd saidi dari Terengganu (Diorama rumah kedai)
pemenang kedua malaysia best handmade crafter.png



Pemenang ketiga
Sweelane Mundun dari Sarawak (Handmade Sue & Sha)
pemenang ketiga malaysia best handmade crafter.png


Pemenang telah diumumkan secara rasmi pada acara majlis pembukaan 100 kedai The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) yang telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 3 Mac 2021.

Dimajlis itu juga Madam Fully Chye selaku pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif telah memberitahu dimana pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter akan dijadikan acara tahunan.

Tahniah kepada pemenang dan jumpa lagi di tahun hadapan.



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.