Cart 0

Trenta Bucket Bag Obi Kimono

Jumpa lagi dengan hasil yang lain pula dari Obi Kimono. Kali ini saya dapat Obi yang bercorak agak moden. Tidak ada tenunan bunga emas atau nampak eksklusif. trenta bucket bag kelas.jpg

Mengikut cara pemakaian kimono, corak kimono mempunyai musim. Melalui empat musim di Jepun, bunga bermusim cenderung menjadi corak Kimono. Perkara yang paling penting ialah anda perlu sentiasa mendahului musim apabila mengambil Kimono.trenta bucket bag bagpack.jpg

Andai memakai Kimono yang sama, jika hanya menukar tali pinggang atau aksesori Obi, ianya mungkin mengubah penampilan dan berbeza. Jadi pemilihan Obi sangat penting walaupun memakai apa-apa warna atau corak Kimono.

trenta bucket bag lady bag.jpg

Kali ini saya kongsikan beg hasil menggunakan Obi Kimono. Saya menggunakan pattern dari RLR Creations. Disebabkan kainnya berwarna terang saya membuat beg yang boleh dibawa kemana-mana. Beg ini agak istimewa kerana boleh diperbagaikan cara pemakaiannya.trenta bucket bag side bag acessossory.jpgBeg ini boleh dipegang atau disangkutkan dibahu menggunakan tali pendeknya. Jika mahu disandang ke belakang beg ini tersedia dengan 2 tali. Atau boleh juga disilangkan dibahu dengan menanggalkan satu talinya. Best kan.

trenta bucket bag multipurpose bag.jpg

Semua aksesori boleh di dapati di kedai BeBagMaker.com

Aksesori Beg

Hardware Beg

Eyelet Ring

Zip Ends 

connector


trenta bucket bag obi kimono.jpg

Ok, Bye..Jumpa lagi..



Older post Newer post