Cart 0

Obi Kimono Hobo Bag

The Shoreline Hobo by Dog Under My Desk Patterns.jpg

Sekarang ini mood menjahit saya pada tahap yang sangat ok. Mungkin disebabkan mencuba sesuatu yang baru. Saya dah jatuh hati dengan Obi Kimono.
aksesori bag bahan jahitan.jpg
Kali ini saya menggunakan Obi yang bertemakan warna unggu. Warna ungu adalah Obi yang dipakai pada musim panas. Mana kala yang bercorak pula lebih kepada Obi pada musim luruh yang sinonim dengan warna daun gugur.
cara jahit tapak beg.jpg
Untuk musim bunga warna-warna seperti warna lembut seperti hijau sangat sesuai. Manakala warna merah dan hitam sesuai untuk musim sejuk.

hobo bag zip 3v.jpg

Disebabkan pattern dari Bagomc.com baru keluar saya teringin nak mencuba satu dari 3 pattern yang dijual. The Shoreline Hobo dari Dog Under My Desk Patterns adalah beg yang sangat sesuai untuk mereka yang suka membawa banyak barang dalam satu beg.
obi bag kimono bag hobo.jpg
Agak mencabar juga nak menjahit pattern ni, terutama di bahagian zip. Banyak juga tip yang diajar didalam tutorialnya. 

pattern hobo bag.jpg

Ok, masa untuk tutup suis mesin, selamat berhujung minggu dan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk bag maker yang beragama Islam. Bye...

The Shoreline Hobo by Dog Under My Desk Patterns obi bag.jpg



Older post Newer post