FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Tempahan Sebelum Hari Raya YARA Beg Frame

Tempahan Sebelum Hari Raya YARA Beg Frame

Salam Ramadan untuk yang hadir di blog BeBagMaker.com Hari ini sudah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Bagaimana dengan beg raya? Dah siap jahit ke?

Kali ini saya nak kongsikan tempahan yang saya terima dari pengunjung booth Hari Kraf Kebangsaan (HKK2022) yang lalu. Sudah lama saya tak mengambil tempahan sebenarnya. Semasa di HKK Puan Ida ambil semua YARA yang saya bawa sebanyak 4 biji. Tempahan ini sebanyak 16 biji untuk beliau cukupkan 20 biji.



PROSES MENGHASILKAN BEG

Senang berurusan dengan Puan Ida kerana memberi kepercayaan kepada saya dari segi pemilihan corak. Proses pertama menghasilkan beg ialah pemilihan corak dengan gabungan warna kain. Seperti biasa walaupun tempahan beg hanya 16 biji tetapi kain kena keluarkan 1 almari, baru puas rasanya memilih. Acara memilih pula ambil masa seharian untuk cari keserasian warna. Bukan apa biar ambil masa lama sikit, kalau tak serasi mood menjahit pun kelaut nanti. Bila masa menjahit tu dah berkata....macam tak cantikk jeee...memang ke tong sampahlah perginya..

proses membuat beg- be bag maker- alat jahitan seremban.png

Penutup poket YARA yang sudah siap dijahit. Hati dah berbunga-bunga sebab siap dengan jayanya. Tetapi baru perasan Twist Lock yang saya pasang terbalik. Sepatutnya bahagian depan guna kain yang berwarna bukan yang bercorak. Nak marah.... tapi sabar....Ye lah nak marah dengan siapakan awak sendiri yang buat..



CARA PEMASANGAN FRAME PURSE

Bila dah siap sebiji tak sabar-sabar pula nak pasang frame. Untuk yang tak pernah guna frame ni mesti tertanya-tanya macam mana nak pasang frame tu kan. Boleh lihat bentuk asalnya di sini Untuk Metal Internal Flex Frame cara pemasangan frame ini sangat mudah berbanding dengan Klasik Frame seperti contoh di sini  Buka skru di kiri kanannya. Sebelum itu pastikan kain untuk membalut frame tidak terlalu kecil. Kalau kecil bersedialah berpeluh satu badan nak masukkannya. Nasib tak baik kena buka semula beg yang dah siap tu untuk betulkan balik ukurannya. Boleh tonton video cara pemasangan Frame.


cara pemasangan frame purse- be bag maker- alat jahitan seremban (1).png


KESILAPAN MEMBUAT BEG

Walaupun sudah lama membuat beg kesilapan semasa proses menyiapkannya pasti ada. Cuma kesilapan itu sangat sedikit, kadang-kadang bukanlah kesilapan tetapi, saya terlalu inginkan kesempurnaan dan kepuasan apabila menghasilkan satu beg. Stress juga bila perasaan tu ada. Ada masa beg itu saya tak jual tapi pelanggan beria-ria nak beli.

purse frame- be bag maker- alat jahitan seremban.png

Batch 1 Yara yang dah siap. Nampak tak ada 1 Yara yang lain dari kawan-kawannya. Kesilapan yang tak boleh di baiki. Sebab Skru Twist Lock  tak boleh dibuka. Untuk keselamatan semua skru Twist Lock saya guna gam khas. Walaupun dia ganjil tetap cantik kann...

MATERIAL SESUAI MEMBUAT BEG

Untuk tempahan beg Yara ini saya menggunakan kain cotton import dan batik Premium. Beg ini juga digabungkan dengan kain berwarna dari material canvas. Cotton dan canvas sangat sesuai dan senang di uruskan semasa menghasilkan beg. Selain dari itu canvas lebih tahan lasak dan tebal, manakala cotton pula sangat senang dijahit.

twist lock aksesori beg- be bag maker- alat jahitan seremban.png

Batch ke 2 pula ada kesilapan semasa memilih kain. Selain dari stok kain yang sedia ada, saya juga terpaksa mengorbankan koleksi kain kesayangan bagi mencari keserasian. Kain dari Designer Cotton itu adalah stok terakhir dalam simpanan saya. Untuk mendapatkan corak yang seragam banyak kain perlu digunakan. Alang-alang gunakan corak kesayangan buat apa nak disorok corak tu kan. Jadinya adalah satu Yara beg yang penutup poketnya bercorak...

Semua Yara beg ni sudah pun diambil oleh Puan Ida untuk dihadiahkan kepada rakan sekerjanya. Semoga Yara akan mengembirakan hati penerimanya...

Untuk lagi gambar YARA boleh ke website MyKraftangan.com

Selamat berpuasa dan saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping