Cart 0

Silk Obi Kimono Evening Clutch

obi kimono kisslock frame 20cm.jpg

Jika anda suka menjahit, apa kata mulakan projek DIY sekarang dengan menggunakan bahan kitar semula. Pasti anda rasa satu kepuasan dari bahan itu boleh menjadi sesuatu yang cantik dan baru.

obi kimono kisslock frame handle metal.jpg

Tidak perlu membeli kain yang mahal untuk mulakan projek DIY, mungkin dengan bahan-bahan yang ada didalam rumah seperti kain batik,perca kain ataupun cadar.obi kimono silk clutch.jpg

Jika ada masa boleh juga ke kedai bundle mencari pakaian ataupun fabrik yang rare atau vintage. Jangan anggap yang ada di kedai bundle itu adalah pakaian yang buruk atau tiada qualiti. Seperti frame purse yang saya hasilkan ini adalah asalnya dari Obi Kimono. 

obi kimono dinner purse.jpg

Obi Kimono adalah sash atau tali pinggang yang menjadi salah satu aksesori pemakaian kimono. Sudah semestinya Obi kimono ini adalah vintage dan pengeluarannya sangat terhad. Berkemungkinan frame purse ini ada satu didalam dunia.

obi kimono purse.jpg

Obi kimono kali ini adalah jenis sutera, dan saya tak sangka hasilnya buat saya suka sangat. Ketika memotong kain obi ini saya hanya pentingkan corak sulamnya sahaja. Rupanya jenis kain itu yang sebenarnya membuatkan hasil frame purse ini begitu menyerlah.
obi kimono dinner clutch.jpg
Saya menggunakan kisslock frame bersaiz 20cm handle metal dan diamond lock. Selain dari saiz ini ada berbagai lagi saiz frame yang boleh di BeBagMaker.com Dengan setiap pembelian akan di sediakan sekali Free pola. Anda boleh terus memulakan projek tanpa melakar pola dahulu. Bye, selamat mencuba..



Older post Newer post