FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Personaliti Anda Melalui Cara Pemakaian Beg

Personaliti Anda Melalui Cara Pemakaian Beg

clutch songket.jpg

Selalunya kita bila keluar rumah, terus ambil je beg mana yang sempat kan. Beg tangan bukan saja melengkapi pakaian, malah menggambarkan personaliti dan diri kita. Berikut merupakan beberapa jenis beg tangan yang sering digayakan oleh wanita dan setiap satunya mempunyai keperibadian yang tersendiri. Ini menunjukkan bahawa wanita merupakan seorang yang berketerampilan dalam apa jua situasi serta bijak dalam menggayakan fesyen dalam kehidupan seharian. diamond clutch-bebagmaker.jpg

Beg tote adalah sejenis beg yang mempunyai tali pemegang yang panjangnya cukup sekadar untuk disangkut ke bahu. 

Tote boleh dimuatkan banyak barang dalam satu-satu masa. Mereka yang suka memakai tote melambangkan wanita yang tangkas.

evening clutch.jpg

Mempunyai tapak asas yang melengkung. Hobo biasanya menjadi kegemaran wanita yang memiliki personaliti mirip tote, cuma dirinya lebih mementingkan stail.Anda masih mahu kelihatan sempurna dan bergaya di mata orang. Ruang yang besar di dalam beg itu menunjukkan anda juga adalah seorang yang bercita-cita serta mempunyai impian yang besar untuk mengapai sesuatu. Bahkan sangat berkeyakinan! 

vintage kimono-brocade clutch-ctnhoney.jpg

Clutch atau lebih dikenali sebagai beg kepit ini melambangkan ciri-ciri klasik, glamor yang ringkas -digemari oleh wanita yang tidak memerlukan aksesori besar dan menonjol untuk kelihatan bergaya. Seperti frame purse yang saya buat ini.

Boleh dikatakan bahawa orang yang gemar memakai clutch ini sebenarnya minimalis, sangat teliti dan teratur kerana hanya barang-barang yang penting sahaja dibawa bersama seperti wang tunai, gincu, telefon pintar serta kunci rumah dan kereta.

Diharapkan selepas ini dapat memberikan ilham untuk wanita, dalam pemilihan beg tangan di masa hadapan.

Frame purse yang saya buat ini sesuai dibawa kemajlis rasmi dan makan malam. Menggunakan material Obi kimono hasilnya nampak ekslusif.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping