Cart 0

Obi Kimono Embroidery Frame Purse

Agak mudah kali ini nak menyiapkan frame purse. Pattern beg yang simple. Untuk hasilkan frame purse ini saya menggunakan Obi kimono yang dipenuhi dengan sulaman bermotifkan bunga kecil. Embroidery Frame Purse obi kimono.jpg

Disebabkan Obi kimono ini mempunyai corak melintang, agak terhad bagi saya memotong untuk mengambil corak kain. Saya juga sangat berhati-hati memotong kain bagi mengelakkan benang sulamnya terputus dan tercabut.Embroidery Frame Purse vintage kimono.jpgUntuk Obi kimono sulam ini saya hanya mendapat 4 biji sahaja frame purse.

sulaman beg.jpg

Saya menggunakan kisslock frame bersaiz 18cm,salah satunya mempunyai pemegang besi. sulaman beg mekap.jpg


sulaman kain.jpg

Mana kala frame purse yang comel ini bersaiz 8.5cm.

sulaman purse.jpg

Sedikit info yang boleh saya beritahu,jika membuat frame purse bersaiz comel seperti 8.5cm ini hanya gunakan 1 jenis pengeras sahaja. Boleh pilih menggunakan kain gam(CS) ataupun batting. Ini untuk mengelakkan kesukaran menjahit tangan semasa proses mencantumkan beg dan frame.sulaman duit syiling.jpgJika berminat untuk membeli kisslock frame boleh ke BeBagMaker.com Dengan setiap pembelian frame akan mendapat FREE pola. Bye..



Older post