Cart 0

Handmade Bag Dari Fabrik Obi Kimono (Jepun)

Pakaian tradisional orang Jepun, yang dipanggil kimono, tidak lengkap dipakai tanpa tali pinggang atau obi yang lebar dan panjang. Lelaki dan perempuan Jepun memakai obi tetapi ada perbezaan antara kedua-duanya. Terdapat kira-kira 100 cara mengikat obi, setiapnya mempunyai cara yang rumit untuk dibuat.
recycleproject nagoyaobi bebagmaker.jpg
Panjang Obi selalunya adalah kira-kira 30 cm lebar dan panjang 420 cm. Dibuat secara tradisional ditenun dari sutera dan sulamannya yang timbul serta mempunyai corak cerah. Obi ini menambahkan kecantikkan pemakaian kimono. 

designer handbag malaysia bebagmaker.jpg


Selain berfungsi terikat dengan cara yang menarik, Obi melengkapi kimono dengan sempurna dan dianggap sebagai aksesori kimono yang paling penting.

handcrafted malaysia clutch bebagmaker.jpg

Untuk hasil frame bag dari obi sash kimono kali ini saya menggunakan kisslock frame bersaiz 16.5cm. Purse yang sangat comel dan sesuai untuk kanak-kanak atau remaja.dinner clutch brocade.jpg

Untuk hasil yang kedua frame bag dari obi sash kimono pula kisslock frame bersaiz 18cm. Dihiasi dengan diamond di lock sesuai untuk dibawa kemajlis rasmi. evening clutch diamond bebagmaker.jpg

Untuk mereka yang sukakan frame bag bersaiz lebih besar boleh juga memilih kisslock frame bersaiz 20.5cm. Ruang dalamnya yang lebih luas, boleh dibawa sama ada dipegang ataupun ditambah dengan rantai pamjang.purse handbag handmade bebagmaker.jpg

Ok, jumpa lagi dilain hari dengan hasil handmade dari saya..Bye...



Older post Newer post