FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Maksud Tote Bag

Maksud Tote Bag

Rasanya ramai yang suka guna tote bag kan. Ada macam-macam design tote beg. Dari yang simple guna canvas/belacu putih hinggalah ditambah dengan berbagai aksesori untuk tampak lebih menarik.

Pernah tertanya-tanya mengapa tote bag dipanggil tote bag? Pada abad ke-17, orang biasa menggunakan istilah 'tote', kadang-kadang 'tate', yang bermaksud 'membawa' atau 'menanggung'. Pada ketika itu tote beg telah digunakan oleh semua orang yang diperbuat dari kain dan berbentuk seperti karung.

Jahit zip beg

Secara rasmi, tote bag dilahirkan pada tahun 40an  berjenama L. L. Bean. Pada masa itu, beg L. L. Bean adalah beg kanvas besar, kukuh, tahan lama untuk membawa ais. Sepanjang tahun 50an beg itu menjadi kegemaran semua terutama suri rumah untuk dibawa semasa membeli barangan keperluan. Pada masa itu, tiada siapa yang benar-benar memberi perhatian kepada gaya. Mereka lebih memikirkan mengenai praktikal dan fungsi sesuatu beg itu.

Jahit Handle bag

Fesyen berkembang maka L. L. Bean, memperkenalkan semula beg ais dalam bentuk yang lebih baru dan diberi beberapa elemen gaya, fesyen dan feminin. Dalam pada itu ada syarikat-syarikat seperti L. L. Bean mula memperbagaikan lagi tote beg,menggunakan kulit, ditambah zip,bercetak dan boleh didapati dengan pelbagai warna.

Beg berzip

Pada tahun 1960-an Bonnie Cashin mengeluarkan tote bag sendiri diberi nama Cashin Carry Tote Bags. Beg-beg dari Bonnie dihiasi dan jauh lebih bergaya daripada beg tote konvensional, dimana ketika itu ramai wanita yang mahukan gaya dan praktikal.


Buat tapak beg

Kemudian, pada tahun 1990 Kate Spade berjaya mempopularkan tote bag sebagai fesyen bukan hanya sekadar beg. Hari ini, tote bag masih digunakan secara meluas dan popular dikalangan wanita dari semua peringkat umur di seluruh dunia. Dicipta dalam pelbagai bentuk, saiz, dan warna yang berlainan. Tote bag menjadi beg yang perlu ada bagi setiap wanita.Beg telekungSalah satu beg asas yang perlu bag maker buat adalah tote bag. Jika sudah berjaya menyiapkannya itu tandanya anda sudah boleh beralih kepada jenis beg yang lain pula. Enjoy dan  berkaryalah dengan rasa gembira menggunakan berbagai material dan aksesori. Jumpa lagi.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping