FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Kenali Berbagai Jenis Zip Beg

Kenali Berbagai Jenis Zip Beg

Kita boleh jumpa diseluar,jaket atau pun beg. Zip lebih mudah kegunaannya dari butang kerana senang dibuka dan ditutup dengan cepat. Zip digunakan dengan kerap untuk pelbagai produk diseluruh dunia.

Kerana zip digunakan dalam pelbagai produk, maka banyak pilihan boleh kita dapati. Setiap jenis zip, ada kegunaannya tersendiri mengikut kesesuainya. Untuk kali ini saya beri info zip yang kegunaannya sesuai untuk beg.
PSX_20190506_125251.jpg
Jenis-Jenis Zip

1.Coil zipper/Zip gegelung/zip nilon

Gigi zip bergelung, ringan dan sangat popular. Gigi diperbuat daripada nilon bergelung atau poliester yang sama ada dijahit atau ditenun ke kain zip. Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk beg yang simple. Tekstur gigi adalah jauh lebih halus daripada gigi plastik atau zip besi yang juga boleh menjadikannya pilihan yang baik untuk beg dan poket.

2.Vislon Zipper/Zip Plastik/zip resin
 
Zip plastik mempunyai gigi yang dicetak dan cair terus ke kain zip.  Bentuk gigi menjadikannya sedikit lebih kaku daripada zip gegelung. Sangat sesuai untuk tote beg atau beg bersaiz besar.

3.Zip Besi

Zip besi mempunyai gigi  yang diapit ke kain zip. Ini menjadikan zip besi sangat tahan lama. Sesuai untuk beg berat seperti beg balik kampung dan beg kulit. Walau bagaimana pun zip besi ini agak berat. Satu lagi perkara yang harus diambil perhatian adalah zip besi cenderung untuk "melekat" sedikit berbanding zip yang lain. Maksudnya slider tidak bergerak dengan lancar ke atas dan ke bawah gigi. Pastikan memilih jenama yang elok apabila menggunakan zip besi ini.

Kita sambung mengenai zip di post yang akan datang pula, ok.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping