FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

DIY Doorgift Idea yang Unik dan Menarik

DIY Doorgift Idea yang Unik dan Menarik

Tradisi bunga telur memang sudah lama dipraktikan dalam mana-mana resepsi perkahwinan Melayu. Ia dijadikan ole-ole buat para tetamu yang memeriahkan majlis sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada pihak pengantin. Bagaimanapun, tradisi berkenaan kian dipinggirkan dan tidak lagi menjadi pilihan utama pada sesebuah majlis perkahwinan masyarakat Melayu apabila ia ditukar ganti dengan kek, gula-gula, potpuri dan sapu tangan sebagai pengganti telur.  

doorgift bunga telur.jpg
Namun, sejak kebelakangan ini rata-rata tetamu dilihat kurang gemar untuk menerima bunga telur atau bunga pahar sebagai hadiah kenangan. Ini mungkin kerana, kebanyakan bunga telur yang disediakan pihak pengantin tidak menarik dan tidak menggambarkan karakter sebagai suatu pemberian berharga.

doorgift hadiah kawin bebagmaker.jpg

Pasti bakal pengantin ataupun ahli keluarga pengantin mahukan majlis kawin nanti sempurna dan berjalan dengan lancar. Bila berkata tentang majlis kawin perkara utama yang perlu diambil kira ialah budget. Seboleh-bolehnya kita akan berbelanja mengikut budget yang ada.
Selain dari budget pelamin, baju pengantin dan catering, ada lagi satu budget yang perlu juga diambil kira iaitu doorgift atau bunga telur untuk tetamu yang datang. Pasti kita mahukan doorgift yang unik dan menarik dan boleh didapati dengan harga murah.

doorgift buat sendiri.jpg

Untuk menjimatkan apa kata kita buat sendiri bunga telur dimajlis kawin itu nanti. Selain dari menjimatkan dan unik, ianya akan lebih dirasai keikhlasan pemberian kerana dibuat dengan penuh kasih sayang dari pihak keluarga pengantin.doorgift kawin bebagmaker.jpg

Ini adalah salah satu Doorgift yang boleh dibuat sendiri. Tidak memerlukan kos yang banyak, tapi hasilnya sangat unik dan cantik.Doorgift ini boleh dibuat mengikut tema majlis perkahwinan.

cenderahati kawin.jpg

hadiah bunga telur.jpgUntuk bakal pengantin dan keluarga pengantin yang ingin membuat doorgift atau bunga telur sendiri bolehlah print dan lihat video membuatnya.
Bahan boleh didapati di website klik https://www.bebagmaker.com


download pattern Pattern DIY doorgift 

Idea doorgift gula-gula Doorgift murah





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping