Cart 0

Handmade Market di Skypark@One City USJ

Sudah lama juga saya tidak menjahit. Apabila dapat peluang untuk buka booth di Handmade Market anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia(PSJKM) dan Epal Centre, saya paksakan diri juga untuk siapkan handmade bag sendiri.
be bag maker kelas menjahit.jpg
Saya pillih pola dari Swoon Pattern. Polanya mudah dan cepat boleh disiapkan. Menggunakan kain cotton dan digandingkan dengan PU Leather ketebalannya 1.0mm sesuai untuk membuat beg ini.
 bbm aksesori beg.jpg
Kain cotton saya gunakan pengeras kod 5530 dan ditambah dengan Instant Batting 200g. Supaya ketebalan kain dan PU Leather seimbang.
Disebabkan pola ini ringkas jadi pemilihan aksesori beg sangatlah penting. Saya memilih aksesori berwarna gold untuk nampakkan stail moden.
be bag maker pu leather.jpg
Menggunakan Twist Lock+Metal Edge Trim(B) flap/penutup beg nampak lebih menarik. Juga saya gantikan penggunaan D-ring dengan Arch Bridge (A) untuk sambungkan tali beg. Dengan cara ini dapat elakkan menjahit bahagian D-ring yang agak tebal.
be bag maker aksesori beg1.jpg
Untuk tali beg pula saya gunakan aksesori baru (bakal masuk diwebsite) untuk mengemaskan hujungnya. Idea ni datang bila fikiran tu nak cepat siapkan beg ni. Lagi satu tali beg agak tebal bila kita lapikkan kain cotton di bawahnya. Kebetulan aksesori ini saya belum cuba kegunaannya. Selepas dijahit, tali beg hanya perlu dilipat keluar dan untuk memudahkan lagi saya gunakan Skru Rivet. Bila kita menggunakan skru rivet perasaan bimbang berkemungkinan rivet tercabut tu agak kurang jika dibandingkan dengan menggunakan rivet double cap. Rivet double cap hanya sesuai jika bahagian itu tidak terlalu tebal.
be bag maker zip beg.jpg
Salah satu sebab saya suka buat Sadie Expandable Bag ini kerana bahagian bawah beg ada zip yang boleh dibuka. Jadi kalau tiba-tiba banyak barang yang nak dibawa buka sahaja zip dan ruang beg jadi lebih besar.
be be maker aksesori beg.jpg
Kali ni saya ambil gambar lebih sikit, sebab beg ni bakal diberi sebagai hadiah untuk seseorang. Harap tuan barunya suka. Semua material boleh didapati di website dan jika ada masalah boleh email atau whatsApp saya. Jumpa lagi dilain hari ya. Bye Bag Maker..



Older post