FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Belajar Jahit Beg Buatan Sendiri YARA Pouch Frame

Belajar Jahit Beg Buatan Sendiri YARA Pouch Frame

Selalunya sebelum saya membuat pola, saya akan mengingatkan diri sendiri jangan syok sendiri. Maksudnya pattern yang saya buat itu hendaklah yang mudah dan tidak menggunakan bahan-bahan jahitan yang banyak. Saya tahu ramai yang menjahit beg ini adalah untuk mengisi masa lapang atau hanya sebagai hobi. Bagi yang mencari pendapatan dari hasil menjahit beg pula, seboleh mungkin mahu mengurangkan kos pembuatan supaya hasil beg buatan tangan itu nanti boleh dijual dengan harga yang mampu beli.

_batik butik-bebagmaker-barang barang jahitan.png

Untuk pattern kali ini YARA Pouch Frame saya hanya menggunakan bahan asas membuat beg.Anda boleh berjimat kerana hanya menggunakan sedikit kain, juga bahan asas membuat beg  anda sudah dapat menghasilkan Yara Pouch Frame.  
Untuk pengeras saya gunakan kain gam kod 5520 dan batting 180g.
Aksesori untuk Pouch frame pula menggunakan Internal Flex Frame, Lock Bag dan Rantai untuk tali beg. Hanya memerlukan suku meter untuk kain bercorak, dan kain plain 1/2 meter.
beg cotton-bebagmaker-kedai barang jahitan.png

Cara membuatannya yang mudah dan tidak rumit. Hanya menggunakan frame bagi membuka dan menutup pouch.Di kiri kanan frame mempunyai O-ring yang membolehkan anda menambahkan tali rantai supaya boleh disandangkan di bahu. Ia juga mempunyai  1 poket di bahagian depan yang boleh di isi telefon bimbit dan mempunyai penutup untuk keselamatan. koleksi batik-bebagmaker-alat alat jahitan.png

Saiz Yara Pouch Frame 22cm x 14cm. Walaupun bersaiz sederhana tetapi boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan anda seperti memuatkan barang-barang asas seperti wang,kunci, pen, gincu dan lain-lain.  belajar menjahit online-bebagmaker-barang jahitan online.pngMulalah menjahit Yara Pouch Frame hari ini. Sesuai untuk anda yang baru mula menjahit beg ataupun bagi anda yang ingin menjahit projek terbaru. PDF Pattern Yara Pouch Frame Boleh didapati di website sekarang.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping