Cart 0

Recrafted Obi Kimono

Apa khabar semua bag maker? Harap kita dan keluarga semua mendapat kesihatan yang baik. Semua sedia maklumkan negara sekarang menghadapi ancaman Covid-19. Semoga keadaan ini cepatlah berlalu dan kita semua boleh menjalankan kehidupan seperti biasa.
motif kipas-bebagmaker-png.jpg
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula pada 18hb-31hb Mac 2020, akan ada aktiviti luar yang selalu kita lakukan tidak boleh dibuat. Jadi bolehlah duduk rumah buat beg readystock. Kalau diikutkan selama 2 minggu jika 1 beg sehari banyak boleh dapat.

frame purse screw-ctnhoney-bebagmaker-png.jpg

Kali ini saya kongsikan hasil beg tangan menggunakan kisslock frame yang terbaru. Kisslock frame ini sudah ada didalam website BeBagMaker.com.

japan textile.jpg

Kisslock frame terbaru ini mempunyai 2 biji pearl yang bukan sahaja menarik perhatian tapi frame ini jenis menggunakan skru. Tidak perlu dijahit tangan untuk menyiapkannya. Hanya perlu skrukan sahaja badan beg. 

metal label handmade-bebagmaker-png.jpg

Untuk kisslock frame bag ini saya menggunakan Vintage Obi Kimono dari Jepun bermotifkan corak kipas lipat ataupun didalam bahasa Japun di panggil Sensu/Ogi. Motif kipas membawa makna status sosial yang tinggi dan melambangkan perjalanan hidup. Hujung kecil pada hujungnya mewakili kelahiran dan bilah yang melambangkan banyak laluan yang mungkin dalam perjalanan hidup.

kisslock frame-ctnhoney-flatlay-png.jpg

Itu sahaja buat masa ini. Jumpa lagi dengan hasil beg saya yang lain pula. Bye...

fan japan-bebagmaker-beg tangan-png.jpg




Older post Newer post