PDF PATTERN NASIA HANDBAG DAPATKAN SEKARANG
Cart 0

Nasia Handbag Handmade Malaysia

Hai!, Bag Maker..

Berjumpa lagi di dalam dunia kreatif yang tiada had untuk kita berimaginasi. Kadang kala sehingga terasa terlalu banyak idea yang datang tapi tidak cukup masa untuk merealisasikan pula.


handmade malaysia crafter.png

Definasi / maksud Handmade yang saya faham.

Kadang-kadang lebih tepat dinyatakan sebagai kraftangan buatan tangan dengan kemahiran seseorang. Pelbagai jenis karya dibuat sepenuhnya dengan tangan atau hanya dengan menggunakan alat sederhana. Barang yang dibuat secara besar-besaran atau menggunakan mesin sepenuhnya bukanlah barangan kraftangan.

Bagi yang terlibat didalam bidang kraftangan ini sebilangan besar mereka mempunyai sifat kesabaran yang tinggi dan rajin untuk bersedia mengembangkan lagi kemahiran bagi menghasilkan karya yang lebih baik.

Selepas keluarnya PDF Pattern Mysa Clutch, kali ini saya hasilkan Nasia Handbag pula. Harap buah tangan saya kali ini akan ramai yang menyukainya kerana secara peribadi pattern ini adalah pattern kesayangan saya.

Didalam menyiapkan Nasia Handbag ini, ada teknik baru yang dapat saya pelajari. Bahagian yang paling saya suka ialah bahagian gusset. Saya rasa disitulah keistimewaan Nasia Handbag ini.

Selain dari teknik baru, Nasia Handbag ini mengajar saya ketelitian semasa proses menyiapkannya. Dengan 70% menggunakan mesin jahit 30% pula perlu menggunakan jahitan tangan. Jika anda mengikuti langkah-langkah pembuatannya dan buat secara relax, teliti juga sepenuh jiwa saya pasti hasilnya nanti diluar jangkaan anda. Sebab itu saya katakan "JANGAN HADKAN KEMAHIRAN ANDA SEBELUM MENCUBANYA".


PDF PATTERN (1).png

Jika semuanya berjalan dengan lancar PDF Pattern Nasia Handbag ini akan mula dijual pada hujung bulan ini. Tunggu ya..

Bye, Jumpa lagi.



Older post Newer post