Cart 0

Kimono Obi Bag

"Fukuro" bermaksud beg atau karung. Fukuro-obi adalah obi yang berbentuk seperti karung seperti namanya.
Pada umumnya, Fukuro-obi dianggap sebagai berprestij, kerana selalu dipakai dengan kimono rasmi.
kimono obi beg hantaran.jpg
Fukuro-obi cantik dan mewah menggunakan banyak benang emas atau perak dengan sulaman halus. Coraknya dibuat memenuhi keseluruhan obi.
kimono obi beg.jpg

Untuk bag maker yang hendak membuat beg menggunakan obi, saya cadangkan membeli jenis Fukuro obi ini. Sehelai Fukuro obi boleh menghasilkan 3 buah beg bersaiz sederhana. Ini kerana setiap inci kainnya bercorak.
kimono obi brocade.jpg

Kali ini saya menggunakan kisslock frame bersaiz 20.5cm metal handle. Boleh hanya dipegang ataupun boleh ditambah dengan rantai panjang.kimono obi handmade bag.jpg

kimono obi jalan jalan japan.jpgJumpa lagi dengan hasil yang lain dari saya menggunakan Obi sash kimono. Bye...



Older post Newer post