Cart 0

Jahitan Kreatif Sebagai Hobi

Hai Bag Maker,...Hari ini nak cerita tentang kelebihan jahitan kreatif. Mungkin juga ada adik atau rakan-rakan yang mencari hobi baru, atau tak tahu nak isi masa lapang bolehlah cadangkan untuk tambahkan pengetahuan dalam Jahitan Kreatif ini. Mungkin nanti dari hobi boleh juga dijadikannya sebagai Sumber Pendapatan.

frame purse 25cm bebagmaker.com.png

Seni Jahitan Kreatif ini ada macam-macam kemahiran.Antara produk kreatif  termasuk kraf tangan, beg tangan,pakaian dan produk seni tampal cantum. Bagi saya, lebih kepada kemahiran dalam pembuatan menjahit beg. Ada banyak kelas persendirian ataupun Institusi Latihan Kemahiran yang di iktiraf oleh kerajaan yang menjadi tempat untuk mengembangkan lagi ilmu dalam bidang kemahiran ini. Bidang jahitan bukan sekadar kerjaya picisan, sebaliknya ia mampu membuka ruang lebih luas kepada individu yang kreatif untuk meneroka dunia perniagaan. rivet ketuk bebagmaker.jpg

Untuk permulaan peluang Kemahiran menjahit ini boleh dimulakan Secara kecil-kecilan dari rumah. Untuk yang inginkan pendapatan sampingan dengan cepat, dapatkan tempahan dari sedara mara, kawan-kawan atau jiran tetangga. Apa yang penting adalah reaksi daripada mereka. Daripada reaksi yang di berikan oleh mereka anda boleh mengetahui mutu hasil kerja jahitan anda. Dari situ sedikit demi sedikit naikkan harga hasil jahitan itu mengikut qualiti jahitan dan bahan yang digunakan.

bebagmaker ctnhoney.jpg

buat beg bebagmaker.jpg
jahit beg seremban bebagmaker.jpg
kelas jahit seremban bebagmaker.jpg
Habis cerita tentang Seni Jahitan Kreatif, saya nak cerita pula tentang hasil jahitan kali ini. Masih lagi mengunakan Kisslock frame.Saya menggunakan frame bersaiz 25cm. Ukuran Polanya agak besar juga.
Ketinggian 30cm
Lebar 28cm
Lebar tapak 9cm.
Mempunyai poket dibahagian depan.

phop tutorial.jpg
Untuk yang berminat untuk cuba menghasilkan beg ini, bolehlah ke website, dan polanya diberi secara percuma. Selamat berhujung minggu untuk semua bag maker. Bye...



Older post Newer post