Cart 0

Dari Obi Kimono Lama Menjadi Beg Baru

Beg ini dibuat dari obi.Obi ialah tali pinggang lebar digunakan untuk mengikat kimono, jadi bahannya sangat kuat. Ada juga yang menjadikan Obi ini sebagai hiasan dinding kerana seni pembuatannya.
bebagmaker fukoro obi kimono.jpg
Dalam tradisi Jepun mereka tidak buang Kimono/Obi walaupun dah kotor. Ada yang buat aksesori lain seperti beg, sarung kusyen atau pun brooch, ini untuk menghargai kecantikkan dan kepayahan untuk menyiapkan sehelai kimono/obi itu. 

bebagmaker kisslock frame bag.jpg
Ini projek ke2 saya yang menggunakan Obi. Saya cuba mengambil semua corak untuk dijadikan frame bag ini dan seboleh mungkin menggunakan semua kain dari sehelai Obi itu. Kemudian dengan teliti menjahit menggunakan tangan untuk proses mencantumkan beg dan frame. Akhirnya dapatlah saya 3 beg ini dimana semua kain luar dan lining adalah dari sehelai Obi.
bebagmaker obi jalanjalanjapan.jpg

Untuk menghasilkan frame beg ini saya menggunakan kisslock frame bersaiz 20.5cm. Untuk 3 biji frame beg ini saya mengambil masa selama 2 hari untuk menyiapkannya. Proses ini bermula dari memilih kain dan corak, memotong kain, diikuti dengan menyeterika, menjahit mencantumkan kain dan jahitan tangan untuk mencantumkan beg ke frame. Setiap beg ini walaupun menggunakan dari kain yang sama, ianya adalah unik dan berbeza. Tiada yang sama antara ketiga beg itu.bebagmaker obi kimono bag.jpgSaya sangat berpuas hati dengan hasil frame beg dari Obi ini. Material Obi ini memang senang dibentuk terutama apabila kita membuat beg yang perlu menyerlahkan bentuk beg itu. Untuk yang berminat nak menghasilkan beg dari Obi ini bolehlah ke Jalan Jalan Japan ataupun boleh juga mencari di kedai-kedai bundle.
Ada 2 helai lagi Obi yang belum dijahit. Tunggu lagi hasil projek terbaru saya nanti ya..Bye..



Older post Newer post