FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Corak Eco Printing Buat Beg

Corak Eco Printing Buat Beg

Kali ini saya nak kongsikan hasil Eco printing yang dijadikan beg. Sebelum itu mari kita dapatkan sedikit info tentang apa itu Eco printing.

natural dye eco printing-motif daun-kain corak daun.png
APA ITU ECO PRINTING

Eco printing ialah teknik yang memindahkan warna dan bentuk tumbuhan pada kain. Tumbuhan seperti daun, kulit kayu, bunga atau bahagian tumbuhan lain yang boleh mengeluarkan warna. Walaupun teknik ini macam mudah, tetapi sebenarnya anda perlukan kesabaran untuk dapatkan hasil yang cantik. Ada banyak jenis daun dan tumbuhan yang ada disekeliling kita. Anda tidak akan tahu daun mana yang sesuai atau mengeluarkan warna yang cantik selagi tidak mencubanya.

natural dye eco printing-motif daun-kain corak daun (1).png

PROSES MEMBUAT ECO PRINTING

1. Gunakan kain yang sesuai seperti cotton,canvas atau sutera.
2. Sediakan daun yang ingin digunakan. Daun disusun mengikut corak yang diinginkan diatas kain.
3. Gulung kain dan ikat dengan ketat.
4. Kain yang sudah digulung tadi hendaklah dikukus.  

Begitulah secara ringkas proses eco printing dihasilkan.

Kali ini saya menggunakan frame kayu untuk menghasilkan beg frame dari corak eco printing.

natural dye eco printing-ct n honey-daun ketapang.png

natural dye eco printing-ct n honey-photoshoot product bag.png

natural dye eco printing-ct n honey-wood frame bag.png

natural dye eco printing-ct n honey-aksesori bag.png

natural dye eco printing-ct n honey-aksesori bag (1).png

Jika ingin melihat lagi frame bag bersaiz 24cm ini yang bermotifkan batik boleh ke link Batik Wood Frame Bag  

Bye.....



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.