PDF Pattern Mysa Clutch Shop Now!
Cart 0

Cara Pemasangan Eyelet Ring Untuk Beg

Menggunakan Eyelet Ring sebagai aksesori beg untuk pemasangan tali beg atau juga menjadinya sebagai hiasan akan menampakkan hasil beg buatan tangan anda nampak lebih esklusif dan profesional.beg guna eyelet ring-bebagmaker-png.png

Pasti ada yang masih tidak yakin untuk memasang eyelet ring di beg buatan tangan sendiri. Mungkin tidak tahu alatan yang perlu digunakan atau juga tidak tahu cara pemasangannya. Sekiranya anda bersedia untuk membawa beg anda ke tahap seterusnya, anda hanya perlu menyediakan tukul besi, alatan Eyelet dan semestinya eyelet ring.
pemasangan grommet ring-bebagmaker-png.png

Untuk makluman eyelet ring ini sebenarnya ada banyak saiz. Anda hanya perlu pastikan saiznya mengikut kesesuai keperluannya. Seperti didalam gambar, saya menggunakan saiz eyelet ring 10mm. Sangat sesuai untuk dibuat lubang bucket bag atau beg jerut.beg jerut-bebagmaker-png.png

Sebelum memasang eyelet ring, pastikan set alatannya cukup. 1 set alatan eyelet ring mempunyai
Hole Punch/penebuk
Alas bawah atau acuan tempat untuk letakkan eyelet ring bahagian depan.
Pengetuk eyelet ring
Klik link untuk pembelian alatan eyelet ring
alat eyelet ring-bebagmaker-png.png

Cara-cara pemasangan eyelet ring/grommet ring/ring bag.

1.Lubangkan tempat yang anda ingin pasangkan eyelet ring menggunakan menembuknya.
2.Masukkan eyelet ring bahagian hadapan kedalam lubang tadi.
3.Gunakan alas untuk kita letakkan eyelet ring. Ia bertindak sebagai acuan supaya eyelet ring tidak bergerak.
4.Masukkan eyelet ring bahagian belakang kedalam lubang eyelet ring hadapan.
5.Ketuk dengan kekuatan sederhana sehingga bahagian belakang eyelet ring itu melekat elok dengan bahagian depan eyelet ring. Klik pembelian eyelet ring

Untuk lebih faham cara pemasangan eyelet ring, anda boleh menonton video yang sudah saya sediakan. Saya menggunakan eyelet ring ini di PDF pattern terbaru saya yang akan mula dijual di website dalam masa seminggu lagi. Harap anda boleh mulakan pemasangan eyelet ring ini di pattern terbaru saya. Bye...



Older post Newer post