FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Bunga Lado Bunga Identiti Negeri Sembilan

Bunga Lado Bunga Identiti Negeri Sembilan

Kadangkala apabila ingin membeli produk bermotif batik pasti sukar mencari produk yang mempunyai identiti Malaysia. Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Salah satunya ialah menggunakan motif flora.  Bunga Identiti adalah usaha Kraftangan Malaysia untuk menjadikan  batik sebagai satu identiti disetiap negeri. Ini bagi membolehkan orang ramai mengenali identiti tempatan dengan mudah apabila hendak memilikinya. 

produk batik-ct n honey-motif bunga lado negeri sembilan (Instagram Post) (800 x 800 px) (1).png

Melaka menjadikan Bunga Kesidang sebagai identiti batik kerana bunga itu begitu sinonim dengan warisan tempatan seperti dalam seni ukiran istana.

Untuk Kelantan pula Bunga Ketam Guri motifnya banyak digunakan dalam pembinaan ukiran tempatan sejak zaman berzaman termasuk di istana.

Bagi Sarawak Bunga Orkid Norma dijadikan sebagai Bunga Identiti kerana orkid ini sangat banyak dijumpai tumbuh dikawasan kaki pergunungan di sekitar daerah Lundu yang terkenal dengan keindahan hutan semulajadinya.Kecantikan dan popularitinya telah menyebabkan ia dinamakan semula sebagai Orkid Normah bersempena dengan nama isteri kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak yang ke empat, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Abdullah. Orkid ini telah dijadikan sebagai bunga rasmi bagi Negeri Sarawak.

Bunga Tanjung dijadikan Bunga Identiti Selangor kerana merupakan bunga rasmi negeri yang digunakan sejak zaman Kesultanan Selangor dan menjadi identiti rasmi golongan istana dan bangsawan sejak dulu. Mana kala Sembilan kelopak Bunga Tanjung mewakili identiti daerah di seluruh negeri. 

beg tangan batik malaysia-ct n honey-motif bunga lado negeri sembilan (Instagram Post) (800 x 800 px) (1).png

Bunga Identiti setiap negeri yang telah dikenal pasti oleh Kraftangan Malaysia.

1. Bunga Identiti Sabah - Bunga Padma
2. Bunga Identiti Melaka -  Bunga Kesidang
3. Bunga Identiti Johor - Bunga Gambir
4. Bunga Identiti Kelantan - Bunga Ketam Guri
5. Bunga Identiti Perlis -  Bunga mempelam
6. Bunga Identiti Pulau Pinang - Bunga Pinang
7. Bunga Identiti Pahang -  Bunga Pokok Kopi
8. Bunga Identiti Perak - Bunga Kertas
9. Bunga Identiti Kedah -  Bunga Gardenia
10. Bunga Identiti Negeri Sembilan - Bunga Lado
11. Bunga Identiti Sarawak -  Bunga Orkid Norma
12. Bunga Identiti Selangor- Bunga Tanjung

handbag batik malaysia-ct n honey-motif bunga lado negeri sembilan (Instagram Post) (800 x 800 px) (1).png
Untuk koleksi kraftangan ct N honey ini saya menggunakan Bunga Identiti bagi Negeri Sembilan yang bermotifkan bunga Lado. Saya tak pasti kenapa bunga lado, cuma pendapat saya sebagai anak negeri sembilan, umum sudah mengetahui yang Negeri Sembilan terkenal dengan  masakan gulai masak lemak cili api. Sudah semestikan kesedapan gulai itu adalah dari kepedasan cili padinya. 

ncw wallet lady batik-ct n honey-motif bunga lado negeri sembilan (Instagram Post) (800 x 800 px) (1).png

Untuk mereka yang ingin mencari barangan bermotifkan batik dan produk dari kraftangan Malaysia boleh ke
https://www.mycraftshoppe.com/

My Craf Shopee  merupakan usaha memperkasakan saluran pemasaran produk dan perkhidmatan kraf dalam talian (online) berkonsepkan identiti tempatan jangkauan global. Pengguna ditawarkan pelbagai jenis produk yang terdapat dalam industri yang merangkumi produk, bahan mentah, reka bentuk produk, perkhidmatan selepas jualan dan maklumat berkaitan industri kraf. Sebagai permulaan, platform itu menghimpunkan kira-kira 400 usahawan kraf daripada pengilang, pembekal hingga pengedar.


lanyard card holder batik-ct n honey-motif bunga lado negeri sembilan (Instagram Post) (800 x 800 px) (1).png

Info:
 https://www.hmetro.com.my/WM/2020/08/614092/motif-batik-kelantan
https://lundudc.sarawak.gov.my/page-0-375-263-Bunga-Orkid-Lundu.html
https://selangorkini.my/2016/07/hak-esklusif-9-kelopak-bunga-tanjung-lambang-identiti-selangor/




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping