Cart 0

Beg Menggunakan Kulit Arnab

Beg kedua menggunakan kulit arnab. Memandangkan buat kisslock frame bag adalah kesukaan saya,jadi apa kata mencuba menggunakan kulit arnab pula. Kali ni hati saya bersemangat sungguh nak menyiapkannya.1warna bulu arnab.jpg

Saya memilih frame bersaiz 18mm, tak besar dan tak kecil sangat. Saya pilih pattern 2 keping sahaja,maksudnya tiada gusset.

1jahit purse frame bebagmaker.jpg

Menggunakan 4 keping kulit arnab. Depan dan belakang warna bulunya berbeza.Digabungkan dengan warna bulu berwarna putih


Cara menjahit kisslock frame bag
1)Antara kulit arnab dan kain atau PU Leather tidak banyak sangat perbezaan cara menjahitnya.
2)Disebabkan cara kendalikan kulit arnab ini perlu berhati-hati jadi saya ambil cara mudah semasa proses menjahit lining dan body. Saya jahit dari bahagian dalam hanya dibahagian V sahaja.Selepas itu terbalikkan beg, jahit lurus sahaja dibahagian atas beg untuk elakkan lining dan body bergerak. Bolehlah mula mencantumkan body dan frame.
1jahit kulit arnab bebagmaker.jpg

1hasil kulit arnab.jpg

1hasil dari arnab bebagmaker.jpg

1cara jahit material berbulu.jpg

Saya suka menjahit kisslock frame ini kerana mudah dan cepat untuk menyiapkan satu beg. Yang agak leceh apabila proses mencantumkan badan beg dengan frame. Lagi satu proses yang memerlukan kesabaran ialah teknik menjahit tangan. Jahitan sepatutnya perlu kemas dibahagian dalam beg. Ada satu cara andai anda tidak puas hati dengan hasil kekemasan jahitan tangan. Bolehlah ditutup dengan renda dikeliling tempat jahitan tersebut.1cara jahit kulit arnab.jpg

1beg dari kulit arnab bebagmaker.jpgSelesai sudah beg kedua saya menggunakan material dari kulit arnab. Setelah melihat kedua-dua hasil beg yang sudah siap, pelanggan saya mahukan satu lagi beg bersaiz besar. Masa untuk fikirkan beg ketiga pula...

1 fur bag bebagmaker.jpg



Older post Newer post