FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Perasmian Jenama Produk BeBagmaker @ ct N honey

Perasmian Jenama Produk BeBagmaker @ ct N honey

Pada 30hb Sept 2019 bertempat di dewan Tabung Haji Hotel and Convention Centre Alor Setar berlangsungnya majlis konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau turut menjenamakan semula program AZAM Bandar kepada Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar atau singkatannya PEKB. 

Untuk makluman semua konvensyen ini diadakan bagi memberi pendedahan, berkongsi pengalaman dan kejayaan serta meluaskan jaringan perniagaan antara peserta yang datang dari seluruh negara serta dilihat dapat melahirkan lebih ramai usahawan daripada golongan B40. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melatih dan memberi tunjuk ajar dengan mengikuti kursus yang dipilih dalam tempoh tertentu.

Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar PEKB.jpg

Ada 10 bidang latihan akan ditawarkan iaitu makanan dan minuman, bakeri, jahitan, salon/spa, perkhidmatan dobi, landskap, kimpalan, asuhan kanak-kanak, peruncitan dan perkhidmatan pembaikan barangan elektrik.
 
PEKB.JPG

Didalam konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar itu 4 peserta telah diberi peluang untuk melancarkan produk termasuklah BeBagMaker @ ct N honey yang mewakili NGO PEKAP. Selain dari itu peserta terbaik dan peserta harapan turut diraikan dimajlis tersebut.perasmian produk handmade bag.jpg

perasmian bebagmaker ctnhoney.jpg

perasmian produk dari menteri KPKT.jpg

Diberi peluang untuk mempamerkan produk sendiri di dalam majlis besar seperti ini adalah saat paling manis bagi saya. Terima kasih kepada NGO PEKAP Puan Zaiton bt Ahmad dan tenaga pengajar En Sabri dan Puan Reena kerana membawa saya sampai ke tahap ini.bebagmaker di booth.jpg

Tidak lupa juga kepada semua pelanggan BeBagMaker @ ct N honey yang dari dulu menyokong sehinggalah sekarang. Semoga selepas ini akan banyak lagi idea yang tercetus untuk mengkreatifkan lagi dunia handmade...Bye...

produk kreatif malaysia.jpg



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping